KEK PISANG
▼
Monday, August 13, 2012
Cookies 2012
BISKUT SARANG SEMUT
sumber dari : 'Kek dan Biskut - Hanieliza)
di cuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
250 gm mentega
100 gm gula halus
300 gm tepung gandum )
50 gm tepung kastad ) di ayak bersama
100 gm tepung jagung )
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla
Hiasan : chocolate rice, manik gula warna warni & papercup kecil secukupnya
Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar pada suhu : 170'C selama 10 minit.
2. Putarkan mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaul sebati.
4. Masukkan tepung, gaul hingga menjadi doh yang lembut.
5. Sejukkan sebentar dalam peti sejuk untuk memudahkan memarut adunan doh nanti.
6. Parutkan adunan doh ke dalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam papercup kecil.
7. Taburkan chocolate rice dan manik gula warna-warni.
8. Bakar selama 15 minit atau hingga masak kekuningan.
(menghasilkan : 109 keping)
No comments:
Post a Comment