KEK PISANG
▼
Sunday, August 12, 2012
Ramadan 2012 (23)
TALAM JAGUNG
sumber dari : buku 'Tempting Kuih' by Pn. Azimah Mansor
di cuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahagian Bawah :
250 gm tepung beras
60 gm tepung gandum
1 tbsp tepung ubi
1150 ml santan (perahan kedua)
100 gm gula
1/2 tin jagung (bentuk krim)
1 tbsp perisa jagung (ikut citarasa)
1/2 tsp garam
Pewarna kuning lemon
Cara-cara :
1. Satukan kesemua bahan melalui proses kisar termasuk jagung.
2. Kacau atas api hingga naik wap dan tuang dalam loyang (10x10)" yang di alas plastik (16x16)".
3. Kukus selama 20 minit atau hingga masak.
Bahagian Atas :
150 gm tepung gandum
150 gm gula
700 ml santan (250 ml santan pekat + 450 ml air)
2 biji telur
1 tbsp perisa pandan
Pewarna hijau (jika perlu)
Cara-cara :
1. Satukan kesemua bahan melalui proses kisar.
2. Tuang di atas lapisan kuning dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.
3. Lap tutup kukusan setiap 3 minit atau tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air menitik di atas talam.
adda mmg peminat kuih talam..apa jenis talam pun layan...
ReplyDeletethanks adda, cubalah buat talam ni sebab ianya sedap & lembut.
ReplyDeletethanks adda, cubalah buat talam ni sebab ianya sedap & lembut.
ReplyDelete