KEK PISANG
▼
Saturday, August 25, 2012
Puding Roti
PUDING ROTI MARBLE CHOCOLATE & STRAWBERRY
rujukan dari : Hanamemories, tqvm utk resipi ini.
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
4 keping roti gardenia, dicarik-carik
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
170 ml susu cair
10 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula pasir
2 tbsp mentega/marjerin
3 1/2 cawan air (230 ml)
2 tbsp serbuk koko/chocolate emulco
1 tbsp strawberry emulco + sedikit pewarna merah
Acuan : 8-inci
Cara-cara :
1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula pasir didalam periuk.
2. Blend/kisar, roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cawan) kemudian tuangkan ke dalam periuk yang berisi agar-agar yang telah mendidih tadi.
3. Masukkan mentega dan kacau rata sampai mendidih. Tutupkan api.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian, letakkan serbuk koko dan dikacau sebati manakala satu bahagian lagi letakkan perisa strawberry dan sedikit pewarna merah, dan dikacau sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang 8-inci (basahkan terlebih dahulu untuk memudahkan ketika dikeluarkan), secara berselang-seli hingga habis. (buat dengan cepat kerana puding ini cepat membeku).
6. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
No comments:
Post a Comment