KEK PISANG
▼
Thursday, August 9, 2012
Ramadan 2012 (20)
IKAN TIGA RASA
oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan A :
1 ekor ikan siakap
1 tbsp tepung jagung (bagi menyalut ikan)
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 inci halia, dihiris
Minyak bagi menggoreng ikan
Bahan B : (untuk sos)
3 tbsp sos tomato
3 tbsp sos cili
3 tbsp sos tiram
3 tbsp air
1 tsp gula
Bahan C : (sebagai hiasan - ikut citarasa)
2 biji tomato, dihiris
1 batang carrot, dihiris
Cara membuat :
1. Sapukan tepung jagung di keseluruhan ikan.
2. Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak hingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 tbsp minyak bagi menumis bahan yang dihiris hingga wangi.
4. Masukkan carrot dan biarkan sedikit empuk kemudian barulah di masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata.
5. Masukkan tomato dan tutup api.
6. Curahkan kuah sos di atas ikan.
No comments:
Post a Comment