KEK PISANG
▼
Thursday, August 9, 2012
Ramadan 2012 (20)
KUIH LOMPANG (menghasilkan : 40 biji kecil)
rujukan dari : buku 'Sitidelima.com'
di cuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung sagu
1 cawan gula
4 cawan air (2 cawan air campur dengan tepung dan 2 cawan air lagi di masak dengan gula)
Daun pandan - disimpul
Cara-cara :
1. Satukan tepung beras dan tepung sagu - diayak.
2. Kemudian gaulkan bersama 2 cawan air. Ketepikan.
3. Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.
4. Tuangkan air gula ke dalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
5. Asingkan kepada 2 - 3 mangkuk. Letakkan dengan pewarna kegemaran.
6. Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan yang disapu sedikit minyak di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5 minit.
7. Kemudian tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.
8. Sajikan bersama kelapa parut putih yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan.
No comments:
Post a Comment