KEK PISANG

Sunday, September 30, 2012

Classic Whoopie



 CLASSIC CHOCOLATE WHOOPIE PIES




CLASSIC CHOCOLATE WHOOPIE PIES


source from  :   bakerella.com
tried by  :   zaralovebaking.blogspot.com


Ingredients :

1 2/3   cups   all-purpose flour
   2/3   cups   cocoa powder
1 1/2   tsp      baking soda
   1/2   tsp      salt
      4   tbsp    unsalted butter
      4   tbsp    shortening
      1   cup     packed brown sugar
      1   egg
      1   tsp      vanilla essence
      1   cup     fresh milk


Method :

1.   Preheat oven to 375'F  (190'C).
2.   Line baking sheets with parchment paper.
3.   Sift together the flour, cocoa powder, baking soda and salt.  Set aside.
4.   Beat butter, shortening and sugar until just combined.
5.   Add egg and vanilla essence and beat for two (2) more minutes.
6.   Add half of flour mixture and half of the milk until incorporated.  Repeat with remaining flour and milk and beat until combined.
7.   Using a tablespoon, drop batter on baking sheets 2 inches apart.
8.   Bake for about 10 minutes or until pies spring back when pressed gently.
9.   Let cool and sandwiched with any filling of your choice.


Salty Peanut Butter Filling :

3/4   cup   creamy peanut butter  (or crunchy)
3/4   cup   butter
3/4   cup   icing sugar - sifted
1/2   tsp    salt

Method :

1.   Beat peanut butter and butter until creamy.
2.   Add sugar and salt and beat until light and fluffy.
3.   Spread filling on flat side of one cooled cake.  Top with second cake and press gently.


OR :

Vanilla Filling :  (from 'JoyofBaking.com')

  1/4   cup   shortening  (55 gm)
  1/4   cup   butter  (55 gm)
     1   cup   icing sugar - sifted
1 1/2  tsp    vanilla essence
  1/2   cup   light corn syrup

Method :

    Beat shortening and butter until creamy.  Add sugar and beat until light and creamy.  Beat in vanilla and slowly drizzle in corn syrup.  Continue to beat until the filling looks like soft mayonnaise.

Bekalan utk dibawa balik ke asrama.






MUFFIN KOKO


sumber  :  Majalah SAJI April 2012
dicuba   :  zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

100  gm         tepung gandum
  40  gm         serbuk koko
    1  tsp         baking powder
    1  tsp         soda bikarbonat
    1  tbsp       serbuk Nescafe
150  gm         gula kastor
    2  biji         telur
100  gm         minyak jagung
100  gm         susu segar
    1  tsp         esen vanilla
 1/3  cawan    air panas

Bahan Hiasan :   Cip coklat secukupnya atau ikut citarasasa

Cara menyediakan :

1.   Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk Nescafe.
2.   Ayak hingga halus.  Ketepikan sebentar.
3.   Kemudian pukul telur  (guna hand whisk) dan masukkan gula.  Kacau sebati.
4.   Masukkan minyak jagung, susu segar dan esen vanilla.  Gaul sebati.
5.   Seterusnya masukkan tepung yang telah diayak tadi dan gaul sebati.  Kemudian curahkan air panas.  Gaul sebati.  Masukkan adunan ke dalam acuan muffin dengan cermat kerana adunan ini agak cair.
6.   Akhir sekali taburkan cip coklat di atasnya (saya tabur dengan badam keping).
7.   Bakar selama 25 minit pada suhu 180'C.

( menghasilkan :  13 biji papercup seperti di atas)

Apam Solo

Tempahan Apam Solo dari Pn. Yanti, Tmn. Kenari
sebanyak 50 biji   (30/9/2012 - Ahad), terima kasih.

Saturday, September 29, 2012

Puding yang enak dimakan sejuk ketika cuaca panas.


 PUDING KARAMEL ROTI




PUDING KARAMEL ROTI


resipi oleh  :   Hanieliza, ovenkecil (Naz) & yg. lain-lain
dicuba oleh :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

750  ml        susu segar/susu kotak
    3  biji       telur
    2  tbsp     gula kastor
    1  tsp       esen vanilla
    6  keping  roti putih (dicarik-carikkan)
 1/2  cawan  gula pasir  (dihanguskan)

Hiasan :  buah peach dalam tin/fruit cocktail
Loyang :  7/8 inci atau acuan kecil-kecil

Cara membuat :

1.   Gaulkan susu segar, telur, gula kastor, esen vanilla dan roti didalam mangkuk.  (Atau juga boleh dikisar kesemua bahan ini terpulang pada citarasa masing-masing).
2.   Panaskan gula pasir (1/2 cawan) didalam loyang yang hendak digunakan di atas api paling kecil hingga bertukar warna kekuingan.  Bila dah hangus, bolehlah dimasukkan sedikit air.
3.   Panaskan kukusan.
4.   Masukkan adunan roti ke dalam loyang yang sudah ada gula hangus tadi.
5.   Kukus selama 30 minit di atas api sederhana.  Angkat dan sejukkan.
6.   Bila telah sejuk terbalikkan didalam pinggan.  Susunkan dengan buah-buahan pilihan dan sejukkan.


Friday, September 28, 2012

Kuih Lapis






KUIH LAPIS SERI MALAYSIA



rujukan dari  :  blog 'dapurCT'
dicuba oleh   :  zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

1 1/2  cawan   tepung gandum
   1/4  cawan   tepung beras
   1/4  cawan   tepung jagung
   1/2  cawan   gula pasir
      3  cawan   santan
      1  tsp        garam
      1  tbsp      minyak masak
Pewarna masakan merah, kuning & biru

Loyang :  8 inci sapu sedikit minyak, alas plastik (kuih nipis)


Cara membuat :

1.   Panaskan kukusan.  Sapu loyang dengan sedikit minyak dan alas dengan plastik.  Masukkan loyang ke dalam kukusan dan biarkan selama 5 minit.
2.   Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna ke dalam mangkuk dan kacau hingga gula larut.
3.   Tapiskan dan bahagikan kepada 5 bahagian.  Letakkan pewarna.
4.   Dua bahagian biarkan kosong dan yang lagi 3 bahagian warnakan dengan merah, kuning dan biru.
5.   Mulakan melapis bahagian bawah dengan warna putih.  Kukus selama 6-7 minit atau hingga masak.
6.   Kemudian tuangkan adunan merah dan kukus selama 6-7 minit diikuti dengan adunan putih, biru dan kuning.
7.   Untuk adunan akhir tutupkan loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit atau hingga masak.

Nota :  lain kali nak guna loyang 7 inci memandangkan loyang 8 inci kuih kelihatan nipis.  Apapun kuih ini sedap.  Tqvm kepada Sitidelima untuk resipi yang sedap ini.  Minta izin untuk disalinkan disini untuk rujukan yang akan datang.
             

Thursday, September 27, 2012

Kuih Serimuka







KUIH SERIMUKA  (8 inci)


rujukan  :   dapur-mamasya & kelas dgn. Chef Asma
dicuba   :   zaralovebaking.blogspot.com


Lapisan Bawah :

2   cawan   beras pulut  (rendam selama 2 jam)
2   cawan   santan cair  (saya lebihkan 1/2 cawan lagi)
sedikit garam


Cara membuat :

    Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama santan dan sedikit garam.  Kukus selama 30 minit.  Keluarkan dan kacau rata lepas itu tekankan pulut ke dalam loyang yang hendak digunakan supaya mampat dan kemas.  (Loyang sapu sedikit minyak & alas dengan plastik).  Tuangkan lapisan atas ke atas pulut.


Lapisan Atas :

2     cawan   santan pekat
1/2  cawan   tepung kastad  +  1  tbsp.  tepung ubi
1/2  cawan   tepung gandum
1     biji        telur
1/2  cawan   gula pasir  (tambahkan 3/4 cawan kalau nak manis)
3-4  helai     daun pandan (kisar dgn. sedikit air, ambil jusnya) atau pandan pes
sedikit garam
sedikit pewarna hijau (optional)


Cara membuat :

    Blend daun pandan dengan sedikit air, tapiskan, campur dengan santan - jadikan 2 cawan santan pekat.  Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk besar, kacau rata dan tapiskan.  Tuangkan perlahan-lahan ke atas pulut yang telah masak tadi.
    Kukuskan selama 30 minit atau hingga masak.  Sejukkan dahulu barulah dipotong dengan pisau plastik.

Sup berasaskan ayam.





SUP AYAM

oleh :  zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

1/2  ekor     ayam  (asingkan kulit & lemaknya)
   2  biji        bawang merah    )
   3  ulas       bawang putih     )  ditumbuk atau dihiris
   1  inci        halia                  )
   1  kuntum  bunga lawang
   1  batang   kulit kayu manis
   3  cawan   air
   1  biji        kentang  (dipotong dadu)
   1  batang   lobak merah (dipotong dadu)
   1  pek       sup bunjut ADABI
garam dan lada sulah secukupnya
minyak masak secukupnya untuk menulis

Hiasan :  daun sup (hiris halus) & bawang goreng


Cara membuatnya :

1.   Ayam dipotong kecil, cuci bersih dan ditoskan.  Ketepikan.
2.   Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia hingga wangi.
3.   Kemudian masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis, tumis lagi hingga wangi.
4.   Masukkan ayam, goreng hingga kuning, kemudian masukkan air, ubi kentang, lobak merah dan pek bunjut ADABI.  Biarkan mendidih hingga kentang dan lobak merah empuk.
5.   Masukkan garam dan serbuk lada sulah secukupnya.  Tutupkan api dan taburkan dengan hirisan daun sup dan bawang boreng.  Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, September 25, 2012

Talam Suji






TALAM SUJI


sumber dari  :  buku - Chef Azimah
dicuba  :   zaralovebaking.blogspot.com


Lapisan Bawah :

140  gm   tepung suji
  20  gm   tepung gandum  (3 tbsp)
    2  biji   telur
120  gm   gula pasir
700  ml    santan cair (3 cawan)
1/2   tsp   garam
Pewarna kuning lemon (saya guna warna oren sebab warna kuning habis)

Loyang :  10" x 10"

Cara-cara :

1.   Campurkan semua bahan didalam periuk bersama tepung suji dan pewarna kuning.
2.   Kacau sebati dan masak diatas api sederhana hingga separuh masak (naik wap).
3.   Tuangkan ke dalam loyang dialas plastik 14" x 14" dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.

Lapisan Atas :

700  ml   santan pekat
    2  biji  telur
    1  tsp  esen vanilla (optional)
1/2   tsp  garam
150  gm  tepung gandum
  60  gm  gula pasir
200  gm  gula Melaka
    1  tsp  coklat emulco (optional)

Cara-cara :

1.   Cincang gula Melaka.
2.   Kisar kesemua bahan dan masak hingga naik wap dan tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.

Tips :  

1.   Gunakan santan dari 1 1/2 biji kelapa untuk adunan ini.
2.   Tutup loyang dengan aluminium foil semasa mengukus untuk mengelakkan air menitis atas talam.
3.   Saya membuat talam ini 1/2 adunan dan menggunakan loyang 9" x 9", jadi talam ini agak nipis.  Lain kali saya akan guna 8" x 8" - ini adalah untuk rujukan saya di masa akan datang.  Saya guna warna oren kerana kehabisan warna kuning.  Apapun talam ini tetap sedap.


Kuih Ketayap



Salam petang buat teman-teman di luar sana!  Hari ini saya mencuba kuih ketayap polka dot dari dapur-mamasya.  Kuih ini sangat cantik, maka saya pun teruja untuk mencubanya.  Cuma kejadian kuih kurang memuaskan hati saya.  Saya pasti akan mencubanya lagi hingga betul-betul puas hati.  Saya juga ucapkan terima kasih pada tuanpunya resipi ini.  Minta izin untuk saya cnp disini untuk rujukan saya & anak-anak di kemudian hari.


KETAYAP POLKA DOT


resipi dari :   dapur-mamasya
dicuba  :   zaralovebaking.blogspot.com




Bahan2 Inti
1/2 biji kelapa parut putih - guna 2 cwn kelapa kering
Gula biasa/ gula melaka secukupnya - letak 1/2 kpg kecil gula melaka + 1/2 cwn gula biasa
1/2 cawan air - air perlu tambah sbb guna kelapa kering
1 sudu besar tepung gandum - tak letak
1-2 sudu besar lempuk/durian
1 helai daun pandan ~ basuh & simpulkan

Bahan2 Dadar
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan/susu segar - guna santan
secubit garam
esen pandan/4 helai daun pandan- tak letak
pewarna hijau secukupnya- 1/2 adunan letak warna kuning,1/2 biarkan warna asal
1 biji telur
sedikit minyak

Cara Menyediakan Inti
1. Masak air bersama gula biasa / gula melaka hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali.
2. Pastu masukkan kelapa parut,daun pandan dan lempuk/durian ke dalam air gula dan masak hingga inti menjadi agak pekat.
3. Bancuh tepung gandum dengan 2 sudu air kemudian masukkan ke dalam inti . Kacau2 rata sampai inti agak2 kering dan macam lekit2 sikit(lekit sebab ada isi tepung..nak ganti tepung jagung pun boleh)

Cara Menyediakan Dadar/kulit
1. Bancuhkan kesemua bahan2 sehingga sebati kalau guna daun pandan.. mesin pastu tapis ambil airnya.
2. Tapiskan bancuhan.
3. Panaskan kuali dengan api sederhana lalu lengserkan sedikit minyak(kalau guna non stick pan takyah pun takpe) . 4.Masukkan sesenduk adunan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali hingga menjadi dadar yg agak nipis. 5. Biarkan kuih dadar masak. kuih tak perlu dibalikkan. Angkat & letak dalam pinggan. Ulang proses no. 4. 6. Sementara nak tunggu dadar ke 2 masak segera masukkan intikan kat dadar/kulit yang pertama td dan gulunglah kuih . Habiskan kesemua bahan2 & lepas tu bolehlah dihidang

Utk cara2 yg dapurmamasya buat adalah spt di bawah;


ambil dlm sesenduk kecil adunan dan campur dg sedikit serbuk coklat.isikan adunan berwarna coklat dlm plastik,gunting kecil dan dot2 atas kuali.baki adunan campurkan pewarna ikut pilihan.mama bahagikan 2 adunan.satu campur warna kuning dan satu biarkan warna asal.



biarkan sekejap dlm 1-2 min



Masukkan sesenduk adunan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali hingga menjadi dadar yg agak nipis. Biarkan kuih dadar masak. kuih tak perlu dibalikkan. 



dah masak, angkat & letak dalam pinggan. letak inti secukupnya dan lipat kemas



dah siap...bolehlah dihidang.anak2 makan juga kuih ketayap ni sbb tertarik dgn dot-dotnya....

Sunday, September 23, 2012

Masakan yg ringkas utk tengahari.






MEE GORENG UDANG


 resipi dari  :  Yatiememories
dicuba  :  zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

500  gm         mee kuning  (dicuci & ditoskan)
    1  cawan    udang basah atau lebih jika suka
    2  tbsp       cili kisar
    3  ulas        bawang putih  *
1/2   biji         bawang besar  *
    2  tbsp       udang kering  *  ( yg bertanda * dikisar)
    2  ulas        bawang merah **
    1  ulas        bawang putih ** (** dihiris nipis)
    2  tbsp       sos tiram
    2  tbsp       sos tomato
    2  tbsp       sos cili
    3  tbsp       kicap manis
    1  biji         tomato (belah 4)
    2  keping   tauhu (hiris nipis & goreng - tambahan)
    2  biji         telur  (digoreng hancur - tambahan)
sedikit taugeh & sawi
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara :

1.   Kisarkan bawang putih, bawang besar dan udang kering hingga halus.
2.   Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hiris hingga kekuningan.  Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga naik bau.
3.   Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga terbit minyaknya.
4.   Bila dah masak dan cili kelihatan garing, masukkan udang, biarkan sebentar dan masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap.  Gaul rata dan sebati.
5.   Masukkan mee, sawi dan tomato.  Akhir sekali masukkan taugeh, tauhu goreng, telur hancur, garam dan gula secukup rasa.  Gaul rata.  Tutupkan api dan bolehlah dihidangkan.

Saturday, September 22, 2012

Kek warna-warni guna santan yang enak.



 KEK MARBLE SANTAN




KEK MARBLE SANTAN  (8 inci)


resipi dari   :  fromintankitchen, tqvm pada Ita utk. resipi yg. sedap ini.
dicuba oleh :  zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

360  gm   gula kastor
    4  biji   telur
400  ml    santan
400  gm   tepung gandum *
    4  tsp   baking powder  * - kedua-dua bahan ini disatukan & diayak
Pewarna oren, purple dan hijau
Pes pandan dan esen vanilla


Cara membuat :

1.   Panaskan oven pada suhu : 170'C.
2.   Sediakan loyang 8 inci.  Sapukan sedikit mentega pada loyang dan alaskan dengan kertas minyak.  Ketepikan dahulu.
3.   Pukul gula dan telur hingga kembang dan putih.
4.   Masukkan tepung dan santan secara berselang-seli hingga habis.  Gaulkan adunan hingga rata.
5.   Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.  Letakkan pewarna hijau dan pandan pes ke dalam satu bahagian, letakkan sedikit esen vanilla ke dalam adunan oren dan purple.
6.   Tuangkan adunan ke dalam loyang berselang-seli warna hingga habis.
7.   Bakar selama 1 jam atau hingga masak sempurna.