KEK PISANG
▼
Saturday, October 6, 2012
Puding Keju versi Marble
PUDING KEJU versi MARBLE
resipi oleh : Along Roz, Nor@secubitgaram, dapur-ummi dll.
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
13 gm serbuk agar-agar (saya guna 10 gm)
1 liter air (saya guna 800 ml)
120 gm gula (saya guna 100 gm)
3 biji telur
150 gm biskut cheese - blend halus
1 tbsp tepung kastad
400 ml susu cair
200 gm susu pekat (saya guna 150 gm)
50 gm mentega
1 tsp chocolate emulco (saya tambah)
Loyang : 8" persegi atau ikut pilihan
Cara-cara :
1. Masak serbuk agar-agar, gula dan air hingga gula hancur. Kacau sentiasa hingga mendidih.
2. Sementara itu dalam pengisar, satukan telur, biskut, susu pekat, tepung kastad dan susu cair.
3. Kisar sebati dan tuang ke dalam adunan agar-agar tadi. Kacau sentiasa hingga mendidih.
4. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati. Tutupkan api.
5. Asingkan sedikit adunan tadi dan campurkan dengan chocolate emulco. Gaul sebati.
6. Tuang ke dalam loyang atau acuan, titik-titikkan dengan chocolate emulco. Buatkan corak marble (ikut citarasa).
7. Sejukkan sebelum dihidangkan.
NOTA : Puding ini agak lembut tapi sedap. Acuan dibasahkan terlebih dulu untuk memudahkan puding dikeluarkan dari acuan atau lapkan dengan tuala yang dibasahkan dengan air panas.
salam ziarah kak...tq sudi ke blog saya..
ReplyDeleteminat saya dengan puding2 ni...mesti sedap ni kan..ada keju..
salam Rohah, tqvm juga kerana sudi singgah sini. resipi kalau yg ada keju, anak-anak memang suka.
ReplyDelete