KEK PISANG
▼
Monday, December 31, 2012
Kek keju
KEK KEJU COKLAT MARMAR
sumber dari : buku 'Hidangan Berkeju' Noraini Zakaria
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan A :
180 gm mentega
190 gm gula kastor
3 biji telur (A)
125 gm tepung superfine )
1 tsp serbuk penaik ) diayak bersama
35 gm serbuk koko )
Bahan B :
250 gm cream cheese - suhu bilik
60 gm gula kastor
1 biji telur (A)
Acuan : 7 inci
Cara membuat :
1. Sediakan tin pembakar empat segi. Griskan dengan sedikit mentega dan lapik kertas serap minyak.
2. Putar bahan A iaitu mentega dan gula kastor hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar sebati.
4. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega sambil digaul hingga rata.
5. Untuk adunan keju : Putar bahan B iaitu cream cheese dan gula kastor hingga kembang dan masukkan telur. Putar sebati.
6. Tuangkan 1/2 adunan A ke dalam tin pembakar. Tuangkan pula adunan B tadi hingga habis diikuti dengan adunan A yang separuh lagi.
7. Ambil lidi dan lorekkan permukaan adunan untuk membuat corak marmar diatasnya.
8. Bakar selama 1 jam pada ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu : 170'C.
No comments:
Post a Comment