KEK PISANG
▼
Monday, March 4, 2013
IKAN TIGA RASA
IKAN TIGA RASA
sumber : buku resipi '1 Hari 1 Resipi' - Chef Hanieliza
Bahan A :
1 ekor ikan siakap
1 tbsp tepung jagung (bagi menyalut ikan)
3 biji bawang merah - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris
Minyak bagi menggoreng ikan
Bahan B : (untuk sos)
3 tbsp sos tomato
3 tbsp sos cili
3 tbsp sos tiram
3 tbsp air
1 tsp gula
Bahan C : (sebagai hiasan)
Nenas dadu (dalam tin - toskan airnya)
Bawang goreng
Cara memasak :
1. Sapukan tepung jagung di sekeliling ikan.
2. Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak hingga masak kuning keemasan. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan dua sudu makan minyak bagi menumis bahan yang dihiris hingga wangi.
4. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata.
5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
6. Curahkan kuah sos di atas ikan. Sedia untuk dihidang dengan nasi panas.
No comments:
Post a Comment