KEK PISANG
▼
Monday, March 4, 2013
SAUSAGE CURRY PUFF
SAUSAGE CURRY PUFF
sumber dari : tiffinbiru (tqvm to CMG)
Bahan-bahan :
3 batang sosej - didadu kecil
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 pelepah daun kari - dilurutkan
2 keping hirisan nipis halia - dicincang halus
3/4 tbsp serbuk rempah kari daging
1 tbsp sos cili
Garam jika perlu (tak letak pun)
sedikit air (jika perlu)
1 paket puff pastry jenama 'KAWAN' - saiz 4" x 4"
1 biji telur (untuk glis)
Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan rempah kari, sos cili dan juga sedikit air, kacau rata dan tumiskan hingga rempah garing. Guna api kecil.
Masukkan sosej, kacau rata. Tuangkan sedikit air dan biarkan ianya kering. Sejukkan.
Ambil sekeping pastry, kerat kepada 2 bahagian, 1 bahagian dikelar-kelar, letakkan 3/4 tbsp inti di satu bahagian, ceduk isi sahaja manakala minyaknya diketepikan. Ratakan dan tutup dengan bahagian berkelar tadi, kemaskan dan tekan ditepinya dengan garpu.
Alihkan ke dalam loyang pembakar, sapu dengan telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 195'C selama 25 minit. (pasangkan kipas oven jika ada).
NOTA : sangat sedap dan rangup, anak-anak menyukainya.
No comments:
Post a Comment