KEK PISANG
▼
Sunday, March 10, 2013
MUFIN VANILLA CIP COKLAT
MUFIN VANILLA CIP COKLAT
sumber : buku resipi
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
90 gm mentega
70 gm gula kastor
1 biji telur (A)
80 ml susu segar
sedikit esen vanilla
110 gm tepung gandum
1 tsp serbuk penaik
50 gm cip coklat
secubit garam
Cara-cara :
1. Ayak tepung gandum, garam dan serbuk penaik. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
2. Pukul mentega hingga berkrim. Masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan telur sambil dikacau. Masukkan sedikit esen vanilla. Kacau lagi.
4. Kemudian masukkan pula 1/3 dari tepung yang telah diayak tadi diikuti dengan 1/2 susu sambil dikacau. Ulang lagi dengan memasukkan tepung dan susu hingga habis.
5. Masukkan cip coklat. Kacau hingga rata.
6. Isikan 3/4 penuh adunan ke dalam cawan muffin.
7. Bakar selama 25-30 minit.
No comments:
Post a Comment