KEK PISANG
▼
Monday, July 29, 2013
MOCHA CASABLANCA
MOCHA CASABLANCA
sumber : Siri Blogger Masakan Biskut Raya (Nor Azlita Masam Manis) &
Marhaini Mohd Ashari - SAJI Ogos 2012
dicuba : zaralovebaking
Bahan A :
210 gm mentega
80 gm gula aising
2 tsp pes kapucino
1/8 tsp garam halus
Bahan B :
220 gm tepung Red Rose *
50 gm tepung jagung *
20 gm tepung kentang *
2 tbsp susu tepung *
1/8 tsp serbuk penaik * (kesemua yang bertanda * hendaklah diayak)
50 gm coklat urai
Bahan Hiasan : Cip coklat
Cara-cara :
1. Pukul bahan A dengan kelajuan sederhana hingga sebati. (saya guna senduk kayu jer).
2. Masukkan bahan B. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Masukkan doh ke dalam acuan bunga dahlia dan paipkan di dalam dulang pembakar.
4. Hiaskan dengan cip coklat.
5. Bakar pada suhu 150'C selama 25 minit.
No comments:
Post a Comment