KEK PISANG
▼
Wednesday, August 21, 2013
GULAI NENAS IKAN MASIN
GULAI NENAS IKAN MASIN
sumber : Majalah RASA Mei 2012
Bahan-bahan :
300 gm ikan talang masin atau ikan masin lain (dipotong nipis)
200 gm nenas (dipotong dadu)
1/2 kg santan (600 ml = 400 ml santan cair + 200 ml santan pekat)
1 batang serai (dititik)
Serbuk kunyit secukupnya
Garam & gula secukupnya
Bahan tumbuk/kisar :
10 biji cili padi
1 labu bawang besar
Cara Memasak :
1. Masukkan santan cair ke dalam periuk. Masukkan serai, serbuk kunyit serta bahan tumbuk. Kacau sebati.
2. Masukkan ikan masin dan kepingan nenas. Didihkan sehingga nenas layu.
3. Tuangkan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
4. Masakkan dengan api perlahan sehingga mendidih. Kuah hendaklah sentiasa dikacau agar tidak pecah santan.
No comments:
Post a Comment