KEK PISANG
▼
Wednesday, August 21, 2013
PAI TUNA dlm. pelbagai saiz - sangat sedap...
PAI TUNA
Sumber : buku resipi 'Hidangan Berkeju' oleh : Noraini Zakaria
Bahan Pastri :
450 gm tepung gandum (diayak)
250 gm mentega
1 biji telur gred B
2 tbsp air
2 tbsp gula
1/2 tsp garam halus
Bahan Inti Tuna :
1 tin kecil kepingan tuna (tuna flake) - dilecek
100 gm parutan keju cheddar
1 biji cili benggala )
1 biji bawang besar ) (dicincang)
5 biji cendawan butang (dihiris)
100 ml susu segar
1 biji telur gred B
1 tbsp tepung jagung
Garam & serbuk lada sulah secukup rasa
Acuan Pie : 8 inci
Cara Membuat :
Pastri : Satukan mentega, gula dan garam. Putar hingga kembang. Masukkan telur dan air. Putar lagi hingga sebati. Akhir sekali masukkan tepung gandum. Putar kelajuan perlahan hingga menjadi doh.
Canai doh dan letakkan di dalam acuan pai dan bakar pada suhu 180'C selama 20 minit. Sebelum dibakar, cucukkan dasar doh dengan garfu untuk mengelakkan ia mengelembung.
Inti : Ratakan ikan tuna pada kulit pastri. Taburkan cili benggala, keju cheddar, cendawan butang dan bawang besar. Ketepikan sebentar. Sementara itu, satukan susu segar, tepung jagung, garam, lada sulah dan telur di dalam sebuah bekas. Kacau rata dan tuangkan ke atas inti tadi. Bakar semula pai ini pada suhu 180'C selama 20 minit lagi hingga keperangan. Enak dimakan dengan cili sos.
No comments:
Post a Comment