KEK PISANG
▼
Tuesday, August 6, 2013
SEMPERIT/DAHLIA BUNGA
SEMPERIT/DAHLIA BUNGA
sumber : Shima Maz - Resipi Turun Temurun - tqvm
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
300 gm mentega
1 cawan gula aising
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan tepung jagung
Gula manik sebagai hiasan
Pewarna pilihan
Cara Membuat :
Pukul mentega dan gula aising hingga sebati. Jangan sampai kembang cukup sekadar sebati saja. Masukkan bahan-bahan kering yang telah diayak sedikit demi sedikit secara kaup balik. Jika lembik tambahkan tepung sedikit lagi sambil digaul hingga tidak melekat di tangan, (terlebih gaul, biskut akan keras).
Adunan dibahagi kepada 2 bahagian. Letakkan pewarna pilihan. Acukan di dalam dulang pembakar hingga habis. Hiaskan dengan gula manik di atas biskut.
Bakar pada suhu 150'C selama 25 minit.
No comments:
Post a Comment