KEK PISANG
▼
Tuesday, September 17, 2013
MARBLE JAPANESE COTTON CHEESECAKE
MARBLE JAPANESE COTTON CHEESECAKE (8" round)
Sumber : mybakingworkshop
Dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan A :
160 gm cream cheese
25 gm mentega
120 gm full cream milk
Bahan B :
40 gm tepung kek/gandum
30 gm tepung jagung
Bahan C :
4 biji kuning telur (B)
Bahan D :
4 biji putih telur
1/8 tsp cream of tartar
100 gm gula kastor
Secubit garam
Bahan E :
1 tbsp serbuk koko *
1 tbsp gula icing *
1 1/2 tbsp air panas * ( * dibancuh sebati)
Cara Penyediaan :
1. Sediakan loyang bulat 8 inci (20cm). Griskan dan alas dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Masak bahan A menggunakan kaedah double boiler hingga cream cheese cair dan pekat. Tutup api.
3. Masukkan bahan B, gaul sebati. Masukkan pula bahan C.
4. Gaul sebati adunan cream cheese tadi hingga sebati - ketepikan dulu.
5. Pukul bahan D hingga pekat dan bertanduk. Masukkan adunan cream cheese tadi, gaul sebati.
6. Satukan bahan E, gaul rata. Tuangkan 1/2 bahagian adunan kek ke dalam loyang kemudian guna sudu tuangkan 1/2 campuran bahan E tadi di atasnya, lorekkan untuk membuat corak marble. Kemudian tuangkan baki adunan kek tadi perlahan-lahan dan tuangkan pula baki dari bahan E tadi di atasnya, lorekkan corak marble.
7. Bakar menggunakan teknik 'water bath' selama 40-45 minit pada suhu 160'C menggunakan api bawah sahaja.
No comments:
Post a Comment