KEK PISANG
▼
Friday, October 25, 2013
KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
(menghasilkan : 6 bekas seperti di atas)
Rujukan : yatiememories
dicuba : zaralovebaking
Bahan-bahan cream cheese :
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur gred 'B'
1 tbsp air
1 tbsp tepung gandum
Cara-cara :
Pukul cream cheese dan gula halus hingga sebati. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati. Biarkan seketika.
Bahan Kek :
2 biji telur gred 'B'
1 cawan gula halus
1 tsp esen vanilla
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu segar/susu cair
1/2 cawan minyak jagung/masak
1 cawan tepung gandum *
3 tbsp serbuk koko *
1 tsp soda bikarbonat *
1/2 tsp baking powder * (kesemua bertanda * diayak dulu)
Sedikit garam
Cara-cara :
Pukul telur dan gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan sedikit garam. Masukkan susu segar/susu cair, minyak dan air panas. Kemudian masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul sebati. Biarkan sebentar dan bahagikan kepada 2 bahagian.
Cara Mengukus :
1. Panaskan kukusan. Guna api sederhana.
2. Tuangkan 3 sudu besar adunan kek ke dalam bekas dadih, kukus selama 10 minit.
3. Kemudian tuangkan adunan cream cheese 3 sudu besar di atas adunan kek, kukus selama 10 minit.
4. Akhir sekali tuangkan adunan kek 3 sudu besar, kukus selama 10-15 minit atau hingga masak.
5. Biar betul-betul sejuk dan hiaskan dengan ganache di atasnya jika suka.
Bahan Ganache :
125 gm dark cooking chocolate (potong kecil)
125 gm Dairy Whipping Cream (krim tenusu)
1 tbsp sirap glukos atau golden syrup
1 tbsp mentega
1 tsp esen vanilla
Cara-cara :
Panaskan krim tenusu bersama sirap glukos hingga terbit buih-buih kecil di tepi periuk. Tuangkan ke dalam bekas berisi coklat, biarkan sekejap dan kemudian gaul hingga coklat mencair. Tambahkan mentega dan gaul rata. Jika masih berketul, panaskan sebentar dengan kaedah double boiler hingga adunan coklat licin. Masukkan esen vanilla, gaul sebati. Tuangkan ke atas kek yang telah sejuk tadi.
No comments:
Post a Comment