KEK PISANG
▼
Friday, October 25, 2013
PAF KRIM PANDAN
PAF KRIM PANDAN
Sumber : Majalah RASA 2007 - Chef Asma (sangat sedapppp!!)
dicuba : zaralovebaking
Bahan Creme Puff :
Bahan A :
500 ml air
200 gm mentega
1/2 tsp garam
1 tsp gula halus
Bahan B :
250 gm tepung gandum
3/4 tsp serbuk penaik
Bahan C :
6 biji telur gred 'A'
Bahan Inti Pandan :
500 ml susu segar
2 biji telur
100 gm gula halus
1/2 tsp esen vanilla
25 gm tepung kastad
30 gm tepung jagung
1/2 tsp perasa pandan
1/2 tsp pewarna hijau
Cara Penyediaan :
1. Utuk membuat inti pandan : masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat.
3. Sejukkan inti sebelum dimasukkan ke dalam creme puff.
4. Untuk membuat creme puff : panaskan bahan-bahan A sehingga mendidih.
5. Masukkan bahan B dan kacau sehingga tidak melekat di periuk.
6. Biarkan adunan sejuk. Apabila adunan sejuk, masukkan telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.
7. Selepas itu, masukkan bancuhan ke dalam beg piping dan picitkan adunan di dalam dulang pembakar.
8. Bakar pada suhu 210'C selama 25 minit. Apabila masak, sejukkan dan potong creme puff.
9. Masukkan inti pandan dan hiaskan ikut citarasa.
No comments:
Post a Comment