KEK PISANG
▼
Sunday, November 24, 2013
PUTERI AYU CHEESE
PUTERI AYU CHEESE
Sumber : FB/ResipiTurunTemurun (Hasnah Zakaria)
dicuba : zaralovebaking - sedap & lemak-lemak cheese
Bahan-bahan :
2 biji telur
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan/susu cair (saya guna susu cair)
1 tsp. ovalet
Pewarna pilihan
Perisa ikut citarasa (optional)
Bahan Cream Cheese :
250 gm cream cheese
80 gm gula kastor
25 ml air
20 gm tepung gandum
1 biji telur
Satukan kesemua bahan cream cheese dan pukul menggunakan mixer hingga sebati... siap & ketepikan sebentar.
Cara Menyediakan Puteri Ayu :
1. Pukul gula dan telur hingga kembang. Masukkan ovalet dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung, santan atau susu cair, pukul lagi hingga sebati. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
3. Isikan cream cheese ke dalam acuan, kukus selama 2 minit, kemudian letakkan adunan berwarna dan kukus lagi lebih kurang 7 - 10 minit dengan api sederhana.
Memang ayu betulah Puteri Ayu Cheese zarah ni... macam nak jer macam nak jer... satu ... ;)
ReplyDeletesilakan...kalau dekat akan kak hantarkan...
ReplyDeletemenarik ni...
ReplyDeletemsti lmak bkrimm...
Jumpa resipi ni dalam FB..nampak menarik dan teruja untuk mencuba. Menarik dan sedap lemak berkrim..
ReplyDelete