KEK PISANG
▼
Thursday, December 19, 2013
APAM KELEDEK MARBLE
APAM KELEDEK MARBLE
Sumber : CT Delima & Yatiememories
dicuba : zaralovebaking
Bahan-bahan :
3/4 cawan gula pasir *
200 ml air *
1 helai daun pandan *
( * kesemua bahan di atas dimasak hingga gula hancur & sejukkan)
2 cawan tepung beras
1 cawan keledek rebus (dilecek)
250 ml santan
1 cawan tepung gandum
1 tsp yis mauripan
1 tsp baking powder
sedikit pewarna oren
sedikit pewarna hijau
Cara Penyediaan :
1. Keledek rebus diblend bersama santan dan biarkan sebentar.
2. Di dalam mangkuk, satukan tepung beras, tepung gandum, yis, baking powder dan garam.
3. Satukan kesemuanya di dalam blender kecuali pewarna dan kisarkan sebati.
4. Perapkan selama 1 jam atau hingga adunan naik berganda.
5. Adunan dibahagi kepada 2 bahagian dan letakkan pewarna.
5. Tuangkan ke dalam acuan kecil secara berselang-seli dan kukus selama 15 minit.
6. Jika menggunakan acuan besar, masa mengukus selama 40 minit.
7. Hidangkan bersama kelapa parut putih jika suka.
No comments:
Post a Comment