KEK PISANG
▼
Thursday, January 9, 2014
APAM MEKAR
APAM MEKAR
Oleh : sweetlillykitchen/Hanieliza
Bahan-bahan :
200 gm gula kastor
2 biji telur 'B'
1 tsp esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 tsp ovallate
Pewarna pilihan
Cawan Kertas secukupnya
Cara-cara :
1. Panaskan kukusan.
2. Pukul gula kastor dan telur hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung, susu segar dan ovallate. Pukul lagi hingga gebu.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna pilihan pada setiap adunan. Gaul sebati.
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag bagi setiap warna yang berlainan.
7. Picitkan serba sedikit setiap adunan berwarna ke dalam cawan kertas yang di letak di dalam acuan apam.
8. Kukuskan selama 15 minit dengan api besar untuk mendapatkan apam yang merekah.
No comments:
Post a Comment