KEK PISANG
▼
Monday, January 6, 2014
BISKUT LIDAH KUCING PELANGI
BISKUT LIDAH KUCING PELANGI
by : Fatma Bahalwan & Citarasawan
Bahan-bahan :
250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 tsp emplex
Pewarna : ungu, biru, hijau, kuning, oren & merah
Loyang lidah kucing - digries dengan sedikit mentega
Cara-cara :
1. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan kaupbalik dengan spatula hingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letakkan pewarna berlainan.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozle bulat dan picitkan lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.
6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150'C selama 15 minit. (Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana ianya akan menenggelamkan corak pelangi).
7. Biar sejuk dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Tumpang tanya, yg bunga tu mmg ade loyang bunga atau pakai loyang bulat je?
ReplyDeleteBunga tu buat cmne
ReplyDeleteSlaam
ReplyDelete