KEK PISANG
▼
Tuesday, January 7, 2014
KEK MINYAK yang tengah popular sekarang ni di dalam FB.
KEK MINYAK
by : MyResipi/Lina Pg
Bahan-bahan :
5 biji telur 'B'
1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 tsp. baking powder
3/4 cawan susu pekat manis
1 tbsp. ovallate
1 cawan minyak masak
1 tsp. esen vanilla
Perisa nenas/pisang/apa-apa saja/pewarna pilihan
Acuan : 8 inci persegi/bulat - digris dan di alas
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C.
2. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan dulu.
3. Pukul telur bersama gula halus dan ovallate hingga kembang.
4. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla. Pukul lagi sekejap.
5. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul tetapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
6. Akhir sekali masukkan tepung, gaul rata. Kemudian bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan pewarna pilihan yang berlainan.
7. Tuangkan ke dalam loyang, marblekan ikut kreativiti.
8. Bakar selama 40 minit atau hingga masak menggunakan api atas bawah.
Senang kan nak buat kek minyak ni.Rasanya pun sedap.
ReplyDelete