KEK PISANG
▼
Sunday, January 26, 2014
M&M SMARTIES COOKIES
M&M SMARTIES COOKIES
Oleh : Citarasawan - K1
Bahan A :
250 gm mentega
30 gm shortening
250 gm gula perang
2 tsp esen vanilla
2 biji telur gred 'B'
Bahan B :
460 gm tepung gandum *
1/2 tsp baking powder *
1 tsp emplex * ( * diayak bersama )
1/4 tsp garam halus
60 gm badam cincang - dipanggang
Hiasan : Coklat M&M Smarties secukupnya
Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga kembang dan berkrim. Masukkan esen vanilla dan telur satu demi satu dan pukul hingga bergaul rata.
2. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh selama 15-20 minit.
3. Ambil 1/2 tbsp adunan (kecil) atau 1 tbsp adunan (besar), gentel bulat dan tekankan dengan 3-6 biji coklat M&M smarties.
4. Panaskan oven, susunkan di dalam loyang yang telah digris. Jarakkan biskut 5cm diantara yang lain kerana biskut ini mengembang ketika dibakar.
5. Bakar pada suhu 150'C selama 15 - 20 minit atau hingga keperangan.
TIPS : Jika inginkan tekstur yang lebih lembut kurangkan sukatan tepung 80-100 gm.
No comments:
Post a Comment