KEK PISANG
▼
Monday, January 6, 2014
TRIFLE
TRIFLE
Bahan-bahan :
1 bungkus swiss-roll/sebarang kek butter
1 kotak serbuk agar-agar kristal (sebarang perisa)
1 tin fruit cocktail
3 tbsp tepung kastad
3 tbsp gula pasir
3 cawan susu segar/susu cair
1 tsp. esen vanilla
Cara-cara :
1. Campurkan tepung kastad, gula pasir, susu segar dan esen vanilla. Gaul sebati dan masak hingga mendidih dan pekat. Angkat dan biarkan sejuk sebentar.
2. Sementara itu, potongkan kek dan susun di dalam kaserol hingga penuh. (boleh juga menggunakan bekas dadih).
3. Ambil sedikit jus buah koktel dan tuangkan di atas kek tadi.
4. Tuangkan kastad ke atas keseluruhan kek hingga rata. Taburkan buah-buahan koktel di atas kastad tadi.
5. Bancuh dan masak serbuk agar-agar kristal ikut arahan pada pek kotak dan tuangkan ke atas buah-buahan koktel tadi.
6. Masukkan ke dalam peti sejuk. Enak dimakan dengan aiskrim perisa vanilla.
No comments:
Post a Comment