KEK PISANG
▼
Thursday, February 6, 2014
KASWI PANDAN
KUIH KASWI PANDAN
Oleh : Asmah Hashim, Rabiatunsweettouch dll.
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan gula kastor
2 cawan air
1 cawan air pandan (air dikisar bersama 3 helai daun pandan = ditapis ambil jusnya)
1 cawan santan
1 tsp pewarna hijau
1 tsp garam halus
1/2 tsp air kapur sirih
Cara Penyediaan :
Mula-mula panaskan pengukus sebelum menyediakan adunan kerana cara penyediaan adunan tidak mengambil masa yang lama. Kesemua bahan adunan dicampur dan dikacau rata hingga tidak bergentel. Kemudian ditapis. Masukkan adunan ke dalam acuan lompang yang telah disapukan dengan sedikit minyak. Kukus selama 15 minit atau hingga masak. Bila dah sejuk hidangkan dengan kelapa parut putih yang telah dikukus seketika dan digaul dengan sedikit garam. ( menghasilkan : 30 biji saiz besar)
No comments:
Post a Comment