KEK PISANG
▼
Tuesday, February 4, 2014
KUIH LAPIS
KUIH LAPIS
Sumber : raihanavanilla
Bahan-bahan :
1 cawan tepung beras *
1 cawan gula pasir *
1/2 cawan tepung gandum *
2 paket santan serbuk *
4 cawan air (2 cawan blend bersama *, 2 cawan lagi satukan kemudian)
3-4 titik pandan pes
sedikit pewarna hijau
sedikit pewarna coklat & coklat emulco
Acuan : 8 inci bulat, griskan dengan sedikit minyak & alas dengan plastik
Cara-cara :
1. Panaskan kukusan.
2. Kisarkan kesemua bahan-bahan bertanda * bersama 2 cawan air.
3. Kemudian tapiskan ke dalam sebuah bekas besar.
4. Tambahkan baki 2 cawan air ke dalam adunan. Kacau sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak.
6. Titikkan satu bahagian dengan pandan pes dan pewarna hijau manakala satu bahagian dengan coklat emulco dan pewarna coklat.
7. Tuangkan 1 cawan adunan hijau. Kukus selama 5-10 minit.
8. Tuangkan 1 cawan adunan coklat. Kukus selama 5-10 minit. Buat hingga habis adunan.
9. Akhir sekali kukus selama 20 minit atau hingga masak sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment