CEKODOK PISANG
Bahan-bahan :
8 biji pisang emas
3/4 tsp soda bikarbonat
1 tbsp gula perang atau 1/3 tbsp gula halus
1 cawan tepung gandum
1/4 tsp garam halus
Minyak untuk menggoreng
Air secukupnya
Cara-cara :
1. Kupaskan kulit pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonat hingga hancur. Masukkan tepung, sedikit air dan gaul rata hingga sebati.
Perapkan selama 30 minit.
2. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Sudukan adunan ke dalam minyak dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama kopi atau teh....
No comments:
Post a Comment