KEK PISANG
▼
Wednesday, April 16, 2014
MUFIN KEJU CHEDDAR
MUFIN KEJU CHEDDAR
sumber : buku 'Hidangan Berkeju' - Noraini Zakaria
Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum *
13 gm serbuk penaik * (* diayak bersama)
150 gm minyak masak @ minyak jagung
150 gm susu segar @ UHT (dalam kotak)
40 gm keju cheddar (diparut halus)
50 gm keju cheddar (diparut kasar untuk hiasan)
100 gm gula perang
1 tsp garam
2 biji telur gred 'B'
Cara membuat :
1. Satukan minyak masak, susu segar, gula perang, garam dan telur. Pukul telur hingga gula larut. Ketepikan.
2. Di dalam bekas lain; masukkan tepung gandum dan serbuk penaik. Masukkan keju cheddar (yang 40 gm). Gaul rata dan buat lubang di tengah tepung.
3. Tuangkan adunan cecair (no. 1) ke dalam tepung. Gaul dengan senduk hingga tepung sebati. Biarkan adunan masih nampak berketul dan jangan terlebih gaul kerana akan menyebabkan mufin menjadi keras.
4. Sudukan adunan hingga 3/4 penuh ke dalam cawan kertas. Taburkan keju cheddar di atasnya.
5. Bakar selama 20 - 25 minit pada suhu 180'C hingga masak dan berwarna keperangan.
No comments:
Post a Comment