KEK PISANG
▼
Sunday, April 27, 2014
ROTI SOSEJ BERKEJU RANGUP
ROTI SOSEJ BERKEJU RANGUP
sumber : yatiememories; tqvm untuk resipi ni - sedap
Bahan-bahan :
10 keping roti putih
10 batang sosej (direbus sekejap & toskan)
10 keping slice cheese (cheddar cheese)
1 biji telur (dipukul sedikit)
Breadcrumbs oren atau putih secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Membuat :
1. Gelek roti hingga leper (boleh dibuang kulit tepi jika suka).
2. Letak sekeping slice cheese dan letakkan 1 batang sosej.
3. Sapukan hujung gulungan roti dengan sedikit telur (untuk melekatkan).
4. Gulungkan dengan kemas. Buat hingga habis.
5. Dengan menggunakan brush, sapukan keseluruhan roti dengan telur yang sudah dipukul sedikit tadi.
6. Gulingkan ke dalam breadcrumbs dan gorengkan di dalam minyak yang telah dipanaskan.
7. Goreng hingga keperangan, angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos kegemaran.
No comments:
Post a Comment