KEK PISANG
▼
Sunday, July 13, 2014
AIR TEMBIKAI
AIR TEMBIKAI
sumber : mfadhlan.com
Bahan-bahan :
1/2 biji buah tembikai (yang sedang)
125 gm gula pasir *
125 gm air panas mendidih * (* untuk sirap)
1 biji limau nipis
875 ml air sejuk
Ais kiub secukupnya
Hiasan :
Daun pudina
1/2 cawan isi tembikai yang dipotong dadu
Cara-cara :
1. Sediakan sirap : Masukkan gula pasir ke dalam mangkuk, tuangkan air panas. Kacau dan tutup mangkuk.
2. Sediakan air buah : Cuci dan potong dadu buah tembikai dan masukkan ke dalam pengisar.
3. Masukkan air sejuk dan kisarkan buah tembikai dadu tadi hingga hancur.
4. Tuangkan ke dalam jag. Perahkan limau. Tapiskan sirap ke dalam jag berisi air tembikai, kacau dan sejukkan di dalam peti sejuk.
5. Potong dadu isi tembikai untuk hiasan. Apabila cukup sejuk masukkan hiasan ini serta daun pudina dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment