KEK PISANG
▼
Saturday, July 12, 2014
CEKODOK PISANG - sekadar menghabiskan baki pisang yang terlebih beli !!!!
CEKODOK/JEMPUT-JEMPUT PISANG
Bahan-bahan :
8 biji pisang emas
3/4 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar gula perang atau 1/3 sudu besar gula halus
1 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh garam halus
Sedikit air (jika perlu)
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara-cara :
1. Kupaskan kulit pisang, lecekkan bersama gula, garam dan soda bikarbonat sehingga hancur.
2. Masukkan tepung dan gaul rata sehingga sebati. Tambahkan sedikit air jika perlu. Perap 30 minit.
3. Panaskan minyak dengan api sederhana. Jemput-jemputkan adunan ke dalam minyak panas.
4. Gorengkan sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
5. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment