KEK PISANG
▼
Friday, July 11, 2014
APAM PISANG
APAM PISANG CHOCOLATE RICE
sumber : tiffinbiru ; thanks
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum *
1/2 sudu teh baking powder * ( *satukan & diayak)
2 biji telur gred 'B'
100 ml minyak masak
1/4 cawan gula perang
150 gm pisang emas
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu besar chocolate rice
Beberapa titik esen pisang
Secubit garam
Kelapa parut putih + secubit garam = gaul rata (jika suka)
Cara-cara :
1. Lecekkan pisang bersama soda bicarbonate dan secubit garam sehingga lumat. Ketepikan.
2. Pukul gula perang, telur dan minyak sehingga sebati dan berkrim. Masukkan pisang lecek dan esen pisang, kacau rata.
3. Sudukan 3/4 penuh ke dalam acuan pilihan dan kukus selama 15 minit. Hidangkan bersama kelapa parut (jika suka).
sedapnya apam pisang ni...
ReplyDelete