AIS CINCAU
sumber : FromIntanKitchen - Azlita Aziz; thanks
Bahan-bahan :
1/2 kg cincau dipotong dadu
1 helai daun pandan disimpul
1 buku gula batu
4 sudu makan gula pasir atau ikut kemanisan sendiri
1 liter air
Air ais secukupnya
Cara-cara :
Masak air bersama gula, gula batu, daun pandan dan 1/2 daripada cincau yang dipotong dadu. Bila gula telah larut, airnya mendidih dan bertukar berwarna kecoklatan, tutupkan api, angkat dan sejukkan.
Tuangkan air cincau di dalam jag, letakkan kiub cincau yang selebihnya. Tambahkan air jika manis. Letakkan kiub ais untuk rasa segar dan dingin.
No comments:
Post a Comment