KEK PISANG
▼
Monday, July 7, 2014
KEK KEJU COKLAT MARMAR
KEK KEJU COKLAT MARMAR
buku resipi 'Hidangan Berkeju' - Noraini Zakaria
Bahan A :
180 gm mentega
190 gm gula kastor
3 biji telur 'A'
125 gm tepung superfine *
1 sudu teh serbuk penaik *
35 gm serbuk koko * ( * diayak )
Bahan B :
250 gm keju krim
60 gm gula kastor
1 biji telur 'A'
Cara Membuat :
1. Sediakan tin pembakar empat segi bersaiz 7 inci. Griskan dengan sedikit mentega dan lapik dengan kertas serap minyak.
2. Putar bahan A iaitu mentega dan gula kastor hingga kembang dan gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar sebati.
3. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega sambil digaul dengan senduk hingga rata.
4. Untuk adunan keju : Putar bahan B iaitu keju krim dan gula kastor hingga kembang dan masukkan telur. Putar sebati.
5. Tuangkan 1/2 adunan A ke dalam tin pembakar. Tuangkan pula adunan B tadi hingga habis diikuti dengan adunan A yang separuh lagi.
6. Ambil lidi dan lorekkan permukaan adunan untuk membuat corak marmar di atasnya. Bakar selama 1 jam di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170'C.
No comments:
Post a Comment