APAM BALIK
buku 'Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang' - Chef Hanieliza
Bahan A :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam
Bahan B :
2 cawan susu segar atau 1 cawan susu cair tambah 1 cawan air
1/2 cawan minyak
2 biji telur 'B'
Bahan C :
1 cawan jagung krim
Cara Membuat :
1. Gaulkan kesemua bahan A di dalam mangkuk besar.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Panaskan kuali/non-stick pan dan sendukkan adunan.
4. Tutup kuali/non-stick pan dan biarkan adunan tiga suku masak.
5. Letakkan jagung krim.
6. Lipat dan hidangkan.
sedapnya...selamat berbuka
ReplyDeleteTerima kasih adda syuhada..selamat berbuka juga...
ReplyDelete