KEK PISANG
▼
Friday, July 11, 2014
RED VELVET CHOCOLATE CHIP COOKIES
RED VELVET CHOCOLATE CHIP COOKIES
sumber dari : citarasawan & cooking classy.com ; thanks for sharing this recipe
Bahan-bahan :
200 gm mentega
30 gm shortening
220 gm gula kastor
1 biji telur gred 'A'
300 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
50 gm tepung jagung
3/4 tsp baking soda
1/4 tsp garam halus
1 tsp cuka masakan
1 tsp esen vanilla
1 tsp serbuk pewarna merah (bright red)
100 gm chocolate chip putih
Hiasan : Chocolate chip putih secukupnya
Cara-cara :
1. Pukul mentega, shortening dan gula sehingga berkrim. Masukkan telur, esen vanilla, cuka masakan dan serbuk pewarna. Putar sehingga rata dan sebati.
2. Ayakkan tepung gandum, serbuk koko, tepung jagung, baking soda dan garam. Masukkan chocolate chips putih dan gaul bersama adunan mentega sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil sedikit adunan, tekankan dengan beberapa biji chocolate chip putih di atasnya. Jarakkan sedikit kerana biskut mengembang ketika dibakar.
4. Bakar di dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150'C selama 15-20 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment