KEK PISANG
▼
Tuesday, July 29, 2014
AYAM GORENG BEREMPAH SEDAP
AYAM GORENG BEREMPAH SEDAP
sumber dari : Azie Kitchen, thanks...
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
2 tbsp serbuk kari daging
Sedikit serbuk cili atau kisar (optional)
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun limau purut (dihiris halus)
Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Kisar Halus :
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
Bahan Kisar Kasar :
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup atau serbuk kunyit
2 batang serai
Cara Memasak :
Basuh bersih ayam, potong kecil dan toskan. Masukkan ayam dan kesemua bahan kisar halus dan kasar berserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar.
Gaul rata dan rempah ratus menyaluti ayam. Perapkan dahulu dalam 1 jam sebelum digoreng. (Boleh disimpan di dalam peti sejuk semalaman untuk lagi mesra dan sedap).
Gorengkan di dalam minyak penuh dengan api sederhana. Angkat dan toskan. Angkat sekali rempah-rempah yang jatuh ke dasar kuali semasa menggoreng. Rempah ini sangat sedap. Kalau tidak diangkat terus nanti rempah-rempah itu hangit dan pahit.
Sedap nyer kalau dpt dimakan dg nas lemak
ReplyDeleteTerima kasih Azie di atas perkongsian resipi..anak-anak suka dan memang sedap..
ReplyDelete