KEK PISANG
▼
Saturday, July 5, 2014
BERBUKA DENGAN 'NASI GORENG TELUR MASIN'
NASI GORENG TELUR MASIN
sumber asal : Wendy-Table for 2
sumber : fizalgk. - thanks to both of you...
Bahan-bahan :
2 biji telur masin
2 cawan nasi sejuk
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak
1 sudu besar mentega
Beberapa ekor udang segar atau isi ayam
1/2 cawan daun bawang (dipotong pendek-pendek)
2 biji cili padi (dihiris - boleh tambah untuk lebih pedas)
Cara Penyediaan :
1. Rebus telur masin, kupas dan hancurkan dengan garfu.
2. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu besar minyak dan tumiskan bawang putih, kacau sehingga wangi. Masukkan nasi dan kacaukan sebentar. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan. Ketepikan seketika.
3. Masukkan lagi 1 sudu besar minyak di dalam kuali tadi, gorengkan udang/ayam sehingga kekuningan. Ketepikan seketika di pinggir kuali.
4. Perlahankan api, masukkan mentega (tidak perlu tunggu mentega cair) dan masukkan telur masin hancur. Masak sehingga telur agar berbuih. Masukkan juga cili padi.
5. Kacau udang/ayam di dalam telur masin yang berbuih tadi seketika dan kuatkan api dapur. Masukkan kembali nasi yang digoreng sebentar tadi, masukkan daun bawang dan kacau seketika.
6. Perasakan dengan lada sulah dan garam secukup rasa.
No comments:
Post a Comment