KEK PISANG
▼
Friday, July 4, 2014
IFTAR - 6
PUDING SUMI KIWI
Sumber : kayumaniskorner563 ; thanks
Bahan-bahan :
1-2 bungkus sumi jelly
10 gm serbuk agar-agar
1 biji buah kiwi (dibuang kulit, biji & dipotong dadu kecil - tambahan)
5 cawan air
1 cawan gula
4 sudu besar tepung kastad
1 tin susu cair
sedikit garam
Cara-cara :
Susunkan jelly sumi dan potongan buah kiwi di dalam bekas pilihan (saya guna acuan 9 x 9 inci persegi). Ketepikan sebentar.
Didihkan air, serbuk agar-agar dan gula. Sementara itu, sebatikan susu cair dan tepung kastad. Kemudian masukkan ke dalam adunan agar-agar tadi. Kacaukan selalu sehingga mendidih. Kacau lagi sehingga pekat sedikit. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan berisi sumi jelly dan buah kiwi. Sejukkan.
No comments:
Post a Comment