KEK PISANG
▼
Friday, July 18, 2014
BISKUT ALMOND LONDON
BISKUT ALMOND LONDON
sumber dari : yatiememories, thanks
Bahan-bahan :
250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur 'B'
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam (optional)
200 gm tepung jagung *
300 gm tepung gandum *
2 tbsp tepung beras *
1 tsp baking powder * (* diayak bersama)
200 gm kacang badam (disangrai tanpa minyak atau dibakar sekejap)
Papercup secukupnya
Hiasan :
50 gm badam cincang (dipanggang/dibakar sekejap)
700 gm coklat (coklat compound lebih baik dari coklat masakan - cairkan, brand Beryl)
Sedikit mentega/shortening untuk dicairkan bersama coklat
Cara-cara :
1. Putar mentega dan gula halus sehingga kembang.
2. Masukkan telur, esen vanilla dan putar lagi.
3. Masukkan serbuk badam (jika guna), kacau sebati.
4. Masukkan bahan-bahan kering yang telah diayak dan adun sehingga menjadi doh.
5. Ambil sedikit adunan doh, bentukkan doh menjadi bulat..isikan sebiji badam dan bentukkan lonjong. Susunkan di atas dulang pembakar. Buat sehingga habis.
6. Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit atau sehingga kelihatan keperangan.
7. Cairkan coklat compound bersama sedikit mentega/shortening secara double-boil.
8. Masukkan biskut yang telah disejukkan ke dalam papercup dan tuangkan coklat compound cair. Taburkan sedikit badam cincang di atasnya.
9. Biarkan kering seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Sodap tu .. almond london kegemaran kami sekeluarga :)
ReplyDelete