KEK PISANG
▼
Thursday, July 17, 2014
PINKY CREME PUFF
PINKY CREME PUFF
buku 'Jom Berjimat Menyediakan Pencuci Mulut' - Norhayani Mohd Nor
Bahan-bahan : (untuk 12 biji)
100 ml air
45 gm mentega
60 gm tepung gandum (diayak bersama serbuk pewarna merah0
2 biji telur 'B' (dipukul sedikit)
Sedikit pewarna serbuk merah secukupnya (optional)
Inti kastad secukupnya
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 200'C.
2. Masukkan air dan mentega ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehingga mendidih. Apabila mendidih tutupkan api.
3. Masukkan tepung dan serbuk pewarna merah, kacau cepat-cepat. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk di dasar periuk. Kemudian padamkan api.
4. Keluarkan doh dari periuk dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau cepat-cepat.
5. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Paipkan ke atas dulang pembakar yang terlebih dahulu digriskan dengan sedikit mentega.
6. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya krim puff nampak cantik.
7. Renjis/spray permukaan krim puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180'C dan bakar lagi selama 25 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
8. Sejukkan krim puff sebelum dimasukkan kastad krim.
Bahan Inti Kastad :
sumber : Chef Asma (Majalah RASA 2007)
250 ml susu segar
1 biji telur 'B'
50 gm gula halus
1/4 tsp esen vanilla
13 gm tepung kastad
15 gm tepung jagung
Cara-cara :
Masukkan kesemua bahan inti ke dalam periuk. Tapiskan jika perlu. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat. Tutup api dan sejukkan di dalam peti sejuk. (Tutup permukaan kastad dengan plastik bagi mengelakkan permukaan berkerak/keras).
No comments:
Post a Comment