KEK PISANG
▼
Sunday, July 20, 2014
BISKUT LIDAH KUCING PELANGI
BISKUT LIDAH KUCING PELANGI
sumber : Citarasawan & Fatmah Bahalwan; thanks
Bahan-bahan :
125 gm mentega
125 gm marjerin
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 tsp emplex
1 tsp esen vanilla (optional)
Pewarna : ungu, biru, hijau, kuning, oren & merah secukupnya
Loyang : digris dengan sedikit mentega
Cara Membuat :
1. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula sehingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati. Masukkan esen vanilla, gaul sebati.
3. Masukkan tepung dan kaupbalik dengan spatula sehingga rata.
4. Bahagi adunan kepada 6 bahagian dan letakkan pewarna berlainan.
5. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.
6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150'C selama 15 minit. Jangan dibiarkan permukaan atas biskut keperangan kerana ini akan menenggelamkan corak pelangi.
7. Biarkan sejuk dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment