KEK PISANG
▼
Sunday, July 20, 2014
BISKUT SARANG SEMUT
BISKUT SARANG SEMUT
buku 'Resipi Biskut & Kek' Chef Hanieliza
Bahan A :
250 gm mentega
100 gm gula halus
300 gm tepung gandum (diayak)
100 gm tepung jagung (diayak)
50 gm tepung kastad (diayak)
1 biji kuning telur 'B'
1 tsp esen vanilla
Bahan B (Hiasan) :
Sedikit chocolate rice
Sedikit gula-gula manik warna-warni
Acuan kertas kecil secukupnya
Cara Membuat :
1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastad dan gaul rata.
4. Parutkan adunan ke dalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam acuan kertas.
5. Taburkan chocolate rice dan gula-gula manik warna-warni.
6. Bakar di dalam oven pada suhu 180'C sehingga masak (anggaran 15-20 minit).
7. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment