KEK PISANG
▼
Tuesday, July 22, 2014
KEK EPAL
KEK EPAL
buku 'Resipi Biskut & Kek' Chef Hanieliza
Bahan A :
250 gm mentega
170 gm gula kastor
4 biji telur 'B'
1 sudu teh esen vanilla
250 gm tepung naik sendiri (diayak 3 kali)
5 sudu makan susu tepung
1 sudu teh garam
Bahan B :
3 biji epal hijau
Bahan C : (Hiasan)
3 sudu makan gula perang
1 sudu makan serbuk kulit kayu manis
Cara Membuat :
1. Masukkan semua bahan A di dalam mangkuk dan pukul sehingga ringan dan gebu.
2. Epal hijau dibuang kulit dan diparut kasar.
3. Masukkan epal hijau yang sudah diparut ke dalam adunan A yang sudah dipukul dan kacau rata.
4. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci persegi yang sudah dilapik kertas minyak.
5. Gaul rata bahan hiasan dan taburkan di atas adunan kek.
6. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180'C selama 40 sehingga 45 minit.
7. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment