KEK PISANG
▼
Friday, July 4, 2014
KUE TIAU GORENG
KUE TIAU GORENG
sumber : Azie Kitchen ; thanks
Bahan-bahan :
2 bungkus kue tiau (dilerai-lerai)
200 gm udang (dibuang kulit)
200 gm isi kerang
2 keping fish cake (dihiris nipis)
2 ikat kucai
100 gm taugeh
4 biji telur
Bahan Tumbuk :
5 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 sb cili kisar
Bahan Sos :
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
4 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos ikan
sedikit minyak bijan
Cara Memasak :
Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dengan cili kisar sehingga cukup masak. Masukkan udang, isi kerang, fish cake dan kacau sampai masak. Masukkan kesemua bahan sos dan gaul rata. Masukkan kue tiau diikuti dengan kucai, taugeh dan kacau lagi. Ketepikan sedikit kue tiau dan masukkan telur. Dikacau hingga agak mengeras, digaul rata dengan kue tiau. Sesuaikan rasanya dan bolehlah diangkat.
No comments:
Post a Comment