KEK PISANG
▼
Friday, July 4, 2014
ONDE ONDE PULUT HITAM
ONDE-ONDE PULUT HITAM
sumber : Rahel ; thanks
Bahan-bahan :
200 gm tepung pulut putih
60 gm tepung pulut hitam
15 ml minyak masak
220 ml santan cair
Bahan Inti :
200 gm gula melaka - dipotong dadu kecil-kecil
200 gm kelapa parut putih *
1 tsp garam halus * ( * digaul rata & dikukus selama 5 minit )
Cara-cara :
1. Campurkan kedua-dua tepung pulut. Tambahkan minyak.
2. Perlahan-lahan tuangkan santan dan uli sehingga menjadi doh.
3. Ambil sedikit doh, bulatkan, leperkan, isikan inti (gula melaka) dan bulatkan kembali.
4. Jerangkan air sehingga mendidih. Masukkan bebola pulut tadi. Masak sehingga bebola terapung. Angkat, toskan dan golekkan di dalam parutan kelapa.
5. Sajikan.
No comments:
Post a Comment