KEK PISANG
▼
Thursday, July 31, 2014
PANCAKE SEDAP
PANCAKE SEDAP
sumber : Dermakasih ; thanks...
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula pasir
1 cawan susu segar/buttermilk
1 biji telur gred 'A/B'
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega - dicairkan
sedikit garam
Cara-cara :
Telur dipukul sedikit dan dicampurkan dengan esen vanilla. Masukkan sedikit garam, gula dan mentega cair dan gaul dengan sebati. Kemudian masukkan susu. Tepung hendaklah dicampurkan dahulu dengan baking powder dan digaul sebati. Akhir sekali masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit dan digaul sehingga tidak ada tepung yang berbintil. Sekiranya ada, hendaklah ditapis untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Rehatkan adunan lebih kurang 15 minit sehingga 30 minit. Ini adalah supaya mendapatkan hasil Pancake yang lembut dan gebu.
Panaskan non-stick pan dengan api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak. Sudukan anggaran 1/3 cawan adunan pancake tadi. Ratakan. Tutup pan tadi sekejap. Bila permukaan pancake kelihatan berbuih-buih dan kelihatan agak kering, perlahan-lahan terbalikkan. Masak lagi untuk 1 minit. Alihkan ke dalam bekas/pinggan sesuai dan buat dengan kaedah yang sama untuk baki adunan sehingga habis. Hidangkan dengan jem, sos coklat Hershey, madu dll.
No comments:
Post a Comment