KEK PISANG
▼
Monday, July 28, 2014
PUDING MARBLE MINERAL COFFEE
PUDING MARBLE MINERAL COFFEE
sumber : Azlita Masam Manis
Bahan-bahan :
12 gm serbuk agar-agar (1 paket)
1 liter air
2 cawan gula halus
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1 paket Mineral Coffee
2 sudu makan air suam
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna pilihan
Cara-cara :
Masak serbuk agar-agar bersama gula halus dan air sehingga gula larut. Satukan susu cair dan tepung kastad dan kacau rata. Tuangkan susu ke dalam agar-agar dan masak sehingga adunan pekat. Tambahkan esen vanilla dan kacau rata. Angkat dan bahagikan adunan kepada 4 mangkuk.
Bancuh Mineral Coffee dengan air suam. Tuangkan bancuhan Mineral Coffee ke dalam satu mangkuk dan kacau rata. 3 mangkuk lain letakkan pewarna setiap satu...warna yang berbeza. (merah, kuning & hijau).
Sediakan acuan pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Kemudian sediakan satu loyang berisi air. Letakkan acuan pilihan di dalamnya. Kemudian tuangkan adunan puding berselang-seli warna ke dalam acuan pilihan. Buat sehingga habis. Bila dah siap sejukkan di dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment