KEK PISANG
▼
Monday, July 28, 2014
RENDANG DAGING
RENDANG CILI API DAGING NOGHORI
by : zaralovebaking
Bahan-bahan :
1 kilo daging batang pinang (dipotong kiub kecil, dicuci & ditoskan)
15 biji cili padi kampung (tambah jika nak lebih pedas)
2 inci kunyit hidup
3 batang serai (tumbuk kasar)
1/2 kilo santan
1 keping asam keping
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Garam secukupnya
Sehiris halia dan lengkuas
Kerisik
Cara-cara :
Kisarkan cili padi, kunyit hidup, bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas. Kecutkan daging dengan dimasak di dalam kuali bersama dengan bahan kisar sehingga air daging hampir kering. Masukkan santan dan setelah mendidih masukkan garam. Setelah kuah hampir kering, masukkan kerik dan asam keping. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Angkat dan hidangkan.
NOTA : Resepi asal hanya menggunakan cili padi, kunyit hidup, serai dan santan. Tetapi jika masukkan bawang, halia dan lengkuas serta kerisik jika mahu rasa wangi. Juga boleh masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut untuk lebih aroma.
No comments:
Post a Comment